Meet the typewriter!

Friday, December 7, 2012

SPM finished.

Hi! Assalamualaikum.

Yepiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! I'm free from school. No more school uniform. Tapi kadang-kadang hmmm dah besar dah aku. Hahaha. Lepas ni, akan menjalani kehidupan yang mungkin lebih mencabar. Lebih menggerunkan gitu. Kenapa ya? Ya, lepas ni kena betul-betul pandai jaga diri. Ya, takut terjebak.

About SPM? Alhamdulilah. Tepat 4.30 petang waktu malaysia pada tarikh 5 dec aku dah bebas daripada SPM. So, tunggu jelaaaaah result tahun depan. So scare. Insya-Allah. Dengan usaha, doa, tawakal. Allah akan beri.

Happy! Happy! Happy! Bye Hostel (: (hahaha kejam tak aku?) Sumpah tak tipu. Duduk asrama memang best sangat. Ajar aku erti kehidupan ni. Pengetahuan agama pon alhamdulilah ada la tahu serba sedikit (join usrah) Insya-Allah dapat bimbing diri ni ke jalan yang benar. Duduk asrama la tiap-tiap petang aku baca mathurat dgn budak dorm. Selepas isyak, surah Al-Mulk. Malam jumaat yassin tak pon surah Al-Kahfi. Usrah malam jumaat dengan ustazah Saliza. Honestly, rindu sangat usrah dengan ustazah. Kata-kata ustazah sentiasa beri kesan pada hati kecil ni. Kadang-kadang pon kena batang hidung sendiri. Teguran. Nasihat semua tu penting. Untuk elak kita daripada lalai dan terus alpa. Sob sob sob Nak buat gila gila dengan budak dorm lagi la tak boleh dah. Kejut pagi-pagi. Bila guruh kilat duduk diam diam atas katil sambil peluk teddy dengan budak dorm. Bila lapar, buat jamuan tengah-tengah dorm. Bila sedih semua take care. Hmmm rindu rindu.

Sekolah oh SMKPP! Bak kata teacher Ruzana "sejauh mana pon belajar, kemana pon belajar. Jangan lupa jalan ke SMKPP" Sebak pulak aku ni. Yelaaa, 5tahun duduk belajar dalam kelas dgn kawan-kawan yg berbagai ragam. Macam-macam. Yang macam-macam perangai tulaa, yg mewarnai hidup aku ni. (ayat apa ni?) Memang banyak sangat kenangan. Tak boleh dah wakil sekolah dalam olahraga. Tinggal pengawas. Tinggal Bahagia. Apepun, Sekolahku Hebat!

Plan after SPM? Masih dalam perancangan. Sekarang, tengah bercuti lagi. Keluar sana sini. Tengok movie. Kdrama. Online jee memanjang. Tido lewat and many more. Menanam anggur kini. Miahahaha.

Okay, sampai sini saja. :) Bye.

"Jangan jemu menuntut ilmu samada ilmu dunia mahupun ilmu akhirat kerana dunia jambatan ke akhirat"

'

No comments:

Post a Comment