Meet the typewriter!

Wednesday, December 12, 2012

Travel.

Hi! Assalamualaikum.

I'm home! Setelah mengembara ke rumah Pikah Din dengan Salehah. Wow! Fantastic baby! Rumah Leha dekat sawah padi. Bendang tengah naik pulak tu. Seronok sangat. Aku memang suka bendang tapi tak suka chali. Sampai mak pernah cakap nanti kahwin dengan orang yang parents dia duduk dekat sawah padi. Rumah tengah-tengah bendang. Hahaha. Rumah Leha dekat Perak. Agak jauh kan. Sepanjang perjalanan aku tidur. Jaga-jaga dah nak sampai pon. Hewhew. Sebelum tu, pikah din dengan leha stay rumah aku. Tapi rumah aku taman. Nak ada apa? Tar adalaaa. Hoho. Malam first dekat rumah aku, layan Istanbul Aku Datang. Comel gila movie tuh.

I do like nature. I love it. Nyaman. Segar. Harmoni. Tenang. Aman. Best. Petang petang pergi jalan dekat kawasan bendang. Oh best. Itu antara list selepas SPM. (YAY! tercapai) Kami memancing jugak. Bajet dapat banyak ikan la kononnya. Last last bagi makan ikan dengan chipsmore. (canggih tak haha) Duduk dua hari rumah Leha sempat la habiskan Love Rain. Hehe. Lepas tu suka ajuk cakap Joon. Kenchana? Hana-yaa. hmmm, Diamond Snow. Rururu~~ 

Next step, terjah rumah Pikah Din. Sampai sana terus bawak ronda naik motor. K aku agak macam lepas gian sebab mak tak pernah bagi tunggang motor sendiri. Bahayala. Perempuan manis naik kereta la. Tapi aku tahu, aku pon penakut nak tunggang motor. Haha. Rumah Pikah Din dekat Juru, Penang. Dekat rumah dia, kitaorang layan JDrama. Meichan No Shitsuji. Seriously like wow! Hero dia handsome. Shibata Rihito. Muehehe. Last day dekat rumah Pikah. Dia ajak pergi lepak jeti. Air laut surut. Nampak ketam ja banyak. Pastu ada kera lagi. Kera tu sangat menakutkan walaupun aku lebih besar daripadanya. :O

Oh! lepas ni entahla bila pulak nak gather macam tu lagi. Ada yang nak keja. Ada yang nak masuk giat mara. Ada yang nak amek STAM. Macam macam lagi lah. Aku doakan semoga persahabatan dan perkenalan kita diredai oleh Allah S.W.T (10 tahun lagi kita buat reunion okay. mesti lawak)




sunset. Subahanallah. Cantiknyaa!

Dibawah pokok pisang kami berteduh :)




Sambal tu pikah buat. Aku potong betik muda. Leha buat air. Onomnom

I do like paddy field~

Here. Di Jeti dekat Juru. Air laut surut. Ketam je penuh.

Nanti dah ada lesen. Nak pergi lagi. Buat konvoi. Hehe. Bye for now. See you soon. Smile always (senyum itu sedekah)

No comments:

Post a Comment