Meet the typewriter!

A muslim girl. Malaysian. 21.

Wednesday, June 5, 2013

PLKN & saya!

Assalamualaikum!

THIS WILL BE A QUITE OR VERYYYYY LONG ENTRY!!!


Oii lamanyaa tak blogging bagai ni. Hey i'm just got back from National Service last Sunday! Oh yes! PLKN! Dekat plkn mana ada online-online walaupun kadang-kadang hujung minggu aku gagah online juga pakai phone cokia aku tu hihi. So harini akan ku buat kesimpulan segala bagai apa yang aku buat dekat plkn.

Wehh serious, PLKN best!

Bila dapat balik rumah ni bukan main seronok tahu. Tapi bila dah balik rumah......mulalah, rindu :( Yelaaa dduk rumah sorang-sorang. Dkat plkn 24jam dduk dgn kawan-kawan tahu. Alhamdullilah dkat plkn aku dapat kawan yang memahami hati ni cewaahhh. Mereka kawan yang baik. Meraka yang sentiasa memberi nasihat. Mereka yang selalu ada bila memerlukan pertolongan. Mula tu risau jugak kang aku tak boleh bawak diri dkat plkn. Tercorok sorang-sorang ke mana tahu haha.

Masa sehari sebelum nak pergi plkn aku cakap dkat diri aku "Nak jadi pendiam dkat plkn hewhew"
Dan maaf fakta ini sangatlah salah & tak boleh diterima pakai langsung. Bukan tak boleh jadi pendiam tapi dduk dkat plkn memang tak boleh dduk diam. Got it?

First day dkat KEM PLKN GUAR CHENDERAI, PADANG BESAR, PERLIS. Macam biasalah tahu bilik mana kita dduk. Jurulatih dgn cikgu dkat sana bagi itu bagi ini. Dapat baju dapat kasut etc. Korang tahu kem aku tuh adalah kawasan dkat perlis yang agak panas sbb dkat sangat dgn sempadan siam. Jadi kemungkinan untuk sunburn sangat tinggi ok! Hehe.


Sebab tu awal-awal lagi kakak aku dah bekalkan sunblock dgn aloe vera dekat aku. At least dapat kurangkan sikit sunburn tu. Sunblock tu bila ada aktiviti kawad or whatsoever yang tengahari terik bolehlah guna. Aloe vera selalu aku pakai malam sebelum tido. Sblum tido ambil wuduk pastu sapu aloe vera dekat muka or tangan yang mengelupas. Sejuk. Tenang. Nak tido pun lena dahtu boleh la kembali berkhidmat dgn semangat pada keesokan harinya. Ye dok? hewhew

Bukan semua dapat merasa title wira atau wirawati kan? Masa aku terpilih dulu pun "erghhhh kenapa aku kena pi" Ya, aku mengaku kadang-kadang ada jje aku mengeluh dengan jadual padat. Pagi buta dah kena terpacak dekat padang kawad. Berpanas lama dkat padang kawad. Terkejar-kejar dengan masa. Kena berletiar panjang-panjang. 

TAPI, dekat sana banyak benda aku belajar. Dekat kelas memang banyak benda baru aku belajar. Daripada mula-mula tu segan nak mampuih nak cakap dekat depan last-last boleh jugak suara ini bersuara. Bila cikgu suruh jje cakap, mulalah tunduk sampai nak cium stokin tu ha. Dalam kelas ramai pegang watak imej so cikgu buat mcam tu sbb nak suruh kita jadi diri sendiri. Jadi macam kita dekat luar. Bila dengan kawan. Banyak cakap kan? (kata dekat diri sendiri T           T) 

Dan, dapat kenal dengan ramai kawan yang bukan seagama & sebangsa dengan kita. Dekat kem aku bukan setakat melayu cina india. Siam pon ada tahu uhuuuu. Satu hari suntuk dengan pelbagai aktiviti bila malam bolehlah releks sikit. Malam ada kelas keagamaan dengan ustaz Zafran. Lepas isyak ada rollcall. Balik lepas rollcall boleh tido.

Paling penting dekat plkn adalah kerjasama. Setiap hari kerjasama. Buatlah apapun semua kerjasama. Dari bangun tido semua kena berkerjasama. Kau kejut aku, aku kejut kau ok? Takda kerjasama macam mana nak naikkan markah kompeni. 

Ohhh lupa eden nak kasi tahu. Aku kompeni Alpha! FOREVER ALPHA DRAGON!



THIS IS MY ALPHA DRAGON YO! 


Banyak benda kami buat bersama-sama. Semata-mata nak kekalkan Alpha nombor 1. Selalu cikgu Rodzi dgn cikgu Shade akn bagi nasihat dan semangat =) Alhamdullilah. 

Sebut pasal cikgu Shade ni aku paling suka senamrobik dengan cikgu shade! Tapi seminggu sekali jelah senamrobik. Tu jje PT pagi yang paling aku sukaaaa! Selain senamrobik aku suka PT 10 haha. Ahaa! Setiap pagi kalau ada PT pagi kenalah nyanyi lagu Khidmat negara tu. Mohon hafal ye adik-adik. Baru semangat, tak gituuu? 

Pengalaman paling aku tak boleh lupa dekat plkn adalah menembak dengan M16. It's gorgeous. Weii first time pegang senapang. Dengan peluru ori lagi, bila lagi dapat merasa kan? Sehari sebelum pergi menembak ada kelas teori. Dalam kelas teori excited gilaaaa. Dduk depan sekali punya nak fokuss la esok nak menembak. Bila esok tu dah sampai kawasan menembak mulalah cuak. Sebelum wira&wirawati menembak, ada demo menembak daripada askar-askar. Dengar jje askar tu menembak jantung ni rasa macam nak tercabut. Amboi. Nasib baik rasa ja huhu. Yelaaa memang jarak dekat kami dduk. Mau tak bergegar jantung ni. Lepas tu terus rasa "Makkkk! Nak balikk....." Kawan aku yang lain "Wehh jom patah balik" Hahaha. Masa giliran aku menembak tu memang aku cuba fokuss sasaran aku. Disebabkan aku ni rabun serta jarak sasaran 100 meter jadi aku telah tembak sasaran org sebelah aku haha. Melepas nak dapat penembak terbaik ihikkkk :p

Lagi satu, aku burn teruk pon masa berenang haritu. Gian mandi kolam. Macam-macam aksi berenang habis keluar haha -.-" Cuma satu matlamat aku tak tercapai dekat plkn. Aku tak boleh derma darah sbb underweight sobsssss. 

Makan dekat plkn ni 6 kali sehari tapi tak tahu la susah betul nak rasa kenyang hoho. Bila dapat tahu jje koop dah datang stok baru mesti pakat pi serbu. 100plus selalu menjadi pilihan hatiku ihikssss. Serta meggi harharhar. 

Dan kawan-kawan aku suka panggil aku ustazah. Aku rasa guna nama aida adalah dalam seminggu dekat sana lepas tu memang jarang org panggil aku aida. Daripada ustazah dipendekkan jadi tazah. Aku pun tak tahu kenapa. Sampai ustaz Zafran pun panggil aku ustazah afuza tu pun sebab masa tahun 2011 ada ustazah alpha tu muka sebijik macam aku. Sampaikan wira pon lekat nama tazah tu. Heran bin ajaib. 

Inilah mereka! Roommate p1 yang sangat sangat sporting & best!

Tengah belajar baca maps & kompas. Boleh dah masuk hutan ni dijamin tak sesaaaaaat kot heeee!

WIRAWATI ALPHA DRAGON! Rindu nak nyani lagu kompeni dengan hempa!

Readyyyyyyyyyy to class! Peace yo!

Ini masa role-call. So masa role-call bebas jje nak pakai baju apapon. Asalkan longgar & menutup aurat. Bagi lelaki make sure ada koler. Ini juga adalah dewan makan. Besar gedabak tapi stress sikit sebab panas.

 Suddenly. aku rindu hempa panggil aku tazah :'(

Malam citra puisi. Alhamdullilah, alpha menang keseluruhan! :)



 The moment bila P1 DENGAN P2 bergabung memang gempak habissss! =)

 Dila. Ilia. Tikah. Jiha. Aida. Nina. Afie. Belakang tu Farah dengan Eiyda. Una photographer =)

THIS IS MY P1. FOREVER P1. I MISS MY P1. REALLY REALLY MISS P1. (sebak aku baca ayat dekat gambar ni serious sebak......)

Ini hasil nukilan p1. Buat kenangan. Sekali seumur hidup jje aku nak pi plkn ni =) 

"Kompeni, kompeni sedia.............." "Ke kanan lurussss" "Pandang depan" 
"Kiri kanan kiri.....kiri kanan kiri...kiri kanan kiri....."
"Ketua kompeni.............porrrrrrr" :p
"Wirawati, wirawati saja, kebelakang pusing..."
"Kau buat wirawati....kau buat"

Sangat rindu untuk dengar ayat-ayat di atas!

So the conclusion is, pergi plkn ni mana ada teruk. Kau tak pergi PLKN, kau tak rasa. Letih penat tu biasalah. Kepada yang bakal ke plkn nanti, goodluck ok! Kawan dengan semua org baru ceria hidup dekat plkn tu hehe. Sekian.

3 comments:

  1. ahaha..sama ja ayatnya -- kau buat wirawati..kau buat!

    ReplyDelete
  2. Hehehe. Serious? Kami selalu ajuk ayat tu...best pulak dengar hehe.

    ReplyDelete