Meet the typewriter!

Monday, March 11, 2013

Sometimes.

Selalunya eh eh tak tak. Mungkin lebih kepada kadang-kadang. Ya, kadang-kadang. Kadang-kadang sebelum tidur saya dan kakak akan bertukar cerita. Mengenai sahabat masing-masing. Rakan-rakan sekolah dari tadika sampailah sekolah menengah mahupun yang kini sudah bergelar penuntut universiti. Ewah.

Ceritalah. Ada yang sudah berubah kepada lebih baik. Ada yang dah bertunang dan ada juga yang sudah mendirikan rumah tangga. Mendirikan rumah tangga ni kawan kakak. Rasanya kawan saya takde lagi. Sebab posmen tak pernah hantar pon kad jemputan kenduri kahwin untuk saya. Ehek.

Suatu malam kakak cerita tentang rakan sekolahnya semasa di sekolah menengah. 

Nakal. Suka ponteng kelas. Ketika cikgu sedang mengajar dia and the gang akan lalu depan kelas dan senyum kambing pada cikgu tersebut. Memang nampak macam budak nii esok-esok macam mana la. Risau cikgu apatah lagi mak ayah di rumah. Ya, selalu nakal ni lelaki. Sorry.

Tapi itu semua dulu. Zaman mana entah. Zaman kegelapan atau zaman samar samar atau zaman kabur-kabur.

Sekarang dia salah seorang penuntut universiti di salah sebuah universiti di Korea Selatan. Repeat Korea Selatan. K overseas.

Selepas SPM kakak bercerita dia masuk Form 6. Selepas itu sambung pengajian di UM. Dulu masa saya berada dalam zaman sekolah. Saya pernah bertanya kepada guru sejarah mengenai UM ini. Cikgu memberi jawapan, "bukan calang-calang orang boleh masuk situ" Saya diam.

Selepas bertungkus-lumus di UM barulah dia ke Korea.


Kan? Manusia boleh berubah. Hati ini boleh diubah daripada hitam menjadi putih serta disinari iman mentari. Perghhh. Lihat, salah seorang rakan kita sudah berubah. Daripada dulu kita lihat dirinya begitu tetapi sekarang kemain ko. Ihik. Kita jangan jadi manusia yang mudah mengalah. Mungkin dulu orang berkata itu ini kepada kita. Ahhh pedulikan. Masa lampau dijadikan pedoman untuk masa hadapan supaya kita tidak lagi mengulangi kesilapan yang lalu. Allah sentiasa ada bersama kita. InshaAllah dipermudahkan urusan jika kita ingin melakukan kebaikan.

Rezeki Allah ni luas. Kadang-kadang sampai kita pun tak terjangka. Usaha itu penting. Usaha tangga kejayaan.

"Saat kita mulakan sahaja usaha kita, kita telah berjaya.Berjaya menjadi orang yang memulakan usaha, berbanding orang yang langsung tidak berbuat apa-apa."  -Hilal Aysraf-

Setelah berusaha jangan pula kita lupa berdoa pada-Nya.

Senyum.


3 comments:

  1. Woaaa~ Nak nangis aku baca..Dia pergi mana? Korea Selatan ..Hah? Mana? KOREA !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly. Serious masa kak aku duk bercerita pun macam ada bau cemburu je hihi. Rezeki dia, siapa tahu. Allahuakbar :)

      Delete