Meet the typewriter!

Tuesday, March 19, 2013

#HariKoko2013

Perghhhhhh. Iolls kembali ke sekolah sabtu lepas. Macam buat lawatan muhibah la dgn kawan-kawan. Sebenarnya my ex-secondary school ada buat hari koko dah gamak tiga bulan dah tinggal sekolah mesti semua org rindu aku kan? K sila muntah. Tak ada maknanya diorang nak rindu. Aku yang rindu lebih. Juniors and teachers lagi lagi kawasan sekolah haha.

Masa sampai sekolah memang awal lagi. Pukul 9 pagi dah terpacak dekat sekolah. Kau nampak semangat disitu? :) Entah mengapa diri ini terasa begitu malu eh eh segan kut nak masuk sekolah. Yelaaa berzaman tinggal sekolah, dah tak study situ hmm siapalah diri ini. Ayat sedih. Nanges la 2 titik. Jadi diri ini bersama-sama pikah & atin decide tunggu cik nabilah datang then masuk sama-sama. Sementara menunggu lepak dekat tempat parking dgn ditemani kerengga-kerengga yang ramping lagi sakit kena gigit. K kena gigit.

10 am plus plus baru memberanikan diri masuk sekolah. Dahtu masuk ikut pintu mana entah. Budak luar kalau lambat suka lalu laluan tulahh. Kau tahu tak? heeee. First sekali weolls jumpa Cikgu Hasimah dekat laluan Koop. Dah jumpa cikgu barulah hati ni lega. K boleh serang sekolah dengan aman haha. Then, berpusu-pusu juniors datang bersalaman. Eh eh rasa macam raya nasib tak minta duit raya tapi diorang minta phone haha. Duk asrama tu dah jadi benda terlarang. Kau nak berhibur masuk bilik rehat sabtu ahad tonton tv ramai-ramai tu je ok!

Pusing satu sekolah. Habis semua ko jumpa kan. Alahai nasibku........tahu tak pelik betul reaksi juniors bila jumpa diri ini.

"Kak aida nampak macam mak orang dahni."

"Kak aida buat apa sekarang? Dengar kata dah tunang"

Heyy what??! Since when aku bertunang nii. Tunang dengan sapa?

"Kata dah gemuk duk tengok kuruih lagu tu jugak"

"Laaa, ingatkan cikgu tadi, kak aida rupanya."

"Aida, still comel macam dulu..." Hahaha.

"Kak aida sombong la nii bukan nak teguq kami"

Bukan tak nak tegur dah aku ni rabun mana nak nampak kau duk jauh hewhew.

"Duk buat apa sekarang? Kerja ka? ke duk bela badan"

Cissssss! Aku dah insaf kot mana ada nak bela badan. Kerja rumah semua ni akulah ambik alih untuk sementara ni eheh.

I'm glad that cikgu khalid ingat lagi diri ini. Walaupun cikgu ingat aku nii "mek bertam" je aku tak kisah haha. Cikgu pernah kata cikgu susah nak ingat nama pelajar perempuan. Cikgu pun kata aku dah bertunang T______T

Bila aku bertunang niii? Muka dak-dak lepaih spm memang sesuai ke kata muka bertunang haha? Ku berserah pada-Mu Ya Allah. Aceceh ayat.

Tak sempat nak jumpa semua kakitangan sekolah haritu. Sibuk sbb haritu ada hari pibg sekali. Tak menang tangan la cikgu-cikgu. Tahun ni hari koko sekolah kemain wow! Ada test drive lagi. Bukan kereta kancil k tapi........gua tak perasan pulak keta apa tu tapi besarlah. Ingat nak cuba tapi tengok kereta terus niat dipadamkan haha. Siaaap ada rumah hantu bagai. Tapi tak masuk, seraam!

Tak sangka yang kami ni pun kena beli kupon. 10 ringgit beli tapi tu pun tak habis guna. Sibuk layan juniors. Menyembang sakan lah. Bukan senang nak melawat diorang ni hehe.

Sebelum pulang, pusing se-round asrama. Lepaih rindu boh!

Smkpp selalu dihatiku ihikss.



No comments:

Post a Comment