Meet the typewriter!

Tuesday, February 5, 2013

Hello 18 tahun!!!

Hai! Assalamualaikum.

Oh! ini post pertama aku pada usia kini genap 18 tahun. Nak kata aku tua dah lettew. Aku belum lagi tua cuma meningkat dewasa. Got it? Aku dilahirkan pada 4 Februari 1995 bersamaan 4 Ramadhan 1415H. Alhamdullilah dilahirkan dalam bulan penuh barakah. Birthday aku kebetulan sama dengan my mak su. Sanah helwah ya maksu aya!

A bigggggggggggg thank you to all the wishes!!! Friends from facebook. Friends from twitter. Friends from SMK Pmtg Pasir. Friends from SK Sg. Rambai. The only one of my friend from Malacca. My family. 

Kepada kawan-kawan yang berebut-rebut nak jadi orang pertama. I teharu kut. Adik-adik junior sanggup tunggu pukul 12 walaupun esok nak pergi sekolah kena tido awal. Hmm teharu lagi kut. Chiin yang duk asrama sanggup perabih duit syiling call. Teharu teharu. Tyqa daut sampai pinjam phone someone untuk wish my birthday. Teharu teharu. Akak noona nabillah sampai wish terawal sehari lah. Teharu teharu lagi teharu. Pikah, Qilah, Atin, Farah, Leha, Akak Nabillah, Ummi, Aimi & lain lain dah tak ingat nak tulis yang wish lebih pada sekali. Teharu teharu betul-betul teharu. Nabilah anak pakcik Darus merupakan orang yang terakhir wish. Cissssss! Aku ingatkan dia dah lupa padahal tu memang impian dia untuk menjadi orang last. Nabilah punya la seronok azam tahun baru dia dah tercapai. Hikhik. Sobssss camni. Hmm nampaknya org first dengan last yang wish mempunyai nama yang sama. Peace.

Bukan setakat wish je. Dalam ucapan rakan-rakan ku yang cantik handsome comelsss lagi bergaya terselit jua nasihat buat diri ini. Umur makin meningkat maka makin dekatlah dengan mati. Tapi paling aku tak puas hati kononnya tak puas hati la sangat. Hmm ada je ucapan camni "Dah besaq dah dia" Kenapa semua baru perasan aku dah besar? Kenapa? Kenapa? Ke aku duk perasan sorang-sorang. Hantuk kepala dengan bantal. Lol. Ambik cermin pandang diri sendiri. Oh! Ada jerawat atas dahii. Jerawat tanda matang. Matang tanda dah besar. Betul ke teori yang entah apa-apa yang ditaip tu?

2 hari sebelum 4feb. Mak ajak keluar. Pergi hospital lagi. Hospital dimana tempat buat pertama kalinya air mata diri yang kerdil ini mengalir pada 18 tahun yang lalu. Oh! Nostalgia sungguh. Rasa teharu lagi.. Kawan mak sakit. Doakan moga dia cepat sembuh. Amin.. Setelah selesai buat lawatan muhibah mak menuju ke QB dengan alasan kakak nak beli barang. Jalan sana jalan sini terus laparrrr. Mak belanja weolls makan dekat Mirs Kitchen. Restoran cantik makanan pun boleh tahan. Ketika menikmati santapan "Ni kita celebrate birthday Jaja sekali okay" So terlebih awal. Advance nyaa mak ni. Thank you mak. Loveee you! Ketika menikmati santapan lagi "Yang tadi tu hadiah birthday hang tau" bilang kakakku. Aku makan sampai perut aku buncit haritu. Amekaw!!!

Dahla beli tak dapat beg plastik. Kut nak balut dulu ke. Cenggini je tapi
thank you so much kakakku :)

Tapi tapi tapi last night i got another surprise. Macam biasa kalau malam mak nak pergi kedai depan rumah ke, ambik adik tusyen ke, isi minyak ke, pergi market ke aku dengan rela hati akan ikut. Tengok dunia luar sbb asyik terperap dalam rumah je pun naik pening dah. Nome tusyen malam tadi dalam pukul 10++ habis la kelas dia tu. Balik rumah dah dekat pukul 11. Sampai rumah aku terus masuk tandas. Keluar je tandas aku dengaq ada orang nyanyi~........terus aku peluk almari nak nangis. (Motif peluk almari? sbb keluar tandas nampak almari paling dekat) Sobssss.


Tengah-tengah malam makan kek memang cari nahas. Dahla lepas makan terus masuk tido. Bangun pagi tadi rasa mengembang mcam kek jugak. Ish ish ish. Dahla petang tu main hujan tak sengaja. Duk mengadap depan laptop tak sedar hujan tak sedar jugak yang kain baju tak angkat lagi. Hujan dah lebat baru ingat. Aida nowadays. Hihi.

Beginilah hari ku ketika genap cun cun 18 tahun. Senyum.




1 comment: