Meet the typewriter!

Tuesday, January 15, 2013

Kulit kayu manis hilangkan jerawat?

Hi! Bertemu kembali dalam rancangan masakan Jaja in the house. Wekkkkk (muntah pelangi -.-) Banyak la kita punya rancangan masakan. Masak pun setakat yeba yeba je. Okay back to the topic! Kulit kayu manis. You know what is it? Usually benda ni kita guna dalam masakan. Masak kari bagai semua tu lah. Daaaaan, tidak ketinggalan jugaks dalam dunia kecantikan.



Aku rasa ni petua orang dulu-dulu ni. Tahun around 90-an mungkin la kan. Kulit kayu manis hilangkan jerawat? Pengakuan jujur disini aku pernah cuba je petua ni. Heh heh heh. Masa dkat-dkat nak ambik Spm dulu. Bermula lah kisah..........di dalam bilik prep asrama : -

"Kulit hang takdak jerawat apa pun. Licin ja aku tengok.....guna apa?"

"Kulit kayu manis..ni petua mak aku"

"Wow! eh, nak cubalah. Buat macam mana?"

Dari situlah, tiap-tiap malam sblum tidur aku akan tempek menda alah tu. Auch! Pedih kut. Pedih tahap giga. Rasa muka memang mcm terbakarrrr. Bila aku pakai muka aku akan jadi merah mcm tengah tahan makan cili padi. Tapi tahan jelaah. Selepas bbrpa hari, hasilnya bagi ku. Take a note. Hasil pada muka saya bukan org lain. Mengelupas terukkkk. Pergi sekolah pun ttup muka dengan handkerchief sampailah cikgu Add Maths aku tegur muka aku. Then untuk menyenangkan hati aku cikgu tu kata mengelupas tanda awet muda :)

Tak cukup dgn handkerchief, aku call kakak aku sbb dia ni ala-ala doc peribadi dkt rumah. She said jangan dkatkan muka dgn apa-apa pun bahan kimia. Such as bedak and pencuci muka. Biar dia pulih scra semulajadi. Heh heh heh. Lepas seminggu tu alhamdullilah kembali seperti biasa. And i say no to kulit kayu manis. Jangan salah paham disini. Mungkin kulit aku tak sesuai dgn kayu manis bagai ni. Yelaa, dia panas sikit. Mungkin terlalu panas untuk kulit aku. See, my friend pakai okay ja. Seriously, muka dia licin and no jerawats-jerawats. Aku search dkat google kulit kayu manis ni memang okay untuk hilangkan jerawat sbb google kata kulit kayu manis ada bahan aktif yg boleh ubati sel kulit yang rosak. (Nak lebih lanjut google sendiri :PP)

Kesimpulannya, petua ni depends on kulit la. Kalau tak sesuai, kesannya memang bikin stress aaa lepas tu. Kalau kulit sesuai, hasilnya memang menakjubkan. Wa salute spring la! Bagi aku kulit kayu manis ni baik aku buat masak jela. Hehe. Smile. Peace!

p/s : Ini semua berdasarkan pengalaman sendiri dan aku ternampak kawan aku menjadi mangsa keadaan seperti ini. Jadi, test dulu dkat bahagian yang kecil. If berkesan alhamdullilah. Kalau jadi ke lain jangan gatai tangan guna :) Lebih jelas tanyalah pakar kulit yang berhampiran.

1 comment: