Meet the typewriter!

Sunday, December 30, 2012

Duhai manusia.

Hi! Assalamualaikum.

Dunia akhir zaman memang makin pelik kan. Hmmm, jangan jadi pelik daripada orang. Takut-takut yang pelik tu boleh mendorong ke neraka. Yelaaa. Kadang-kadang kita tak sedar. Buat itu buat ini ikut rentak hati je. Mana boleh! Kena fikir jugak. Betul ke aku buat? Dalam Islam ada tak? Takut dosa ja semua tu? Dalam Islam ni mudah. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Tapi, manusia sekarang suka buat suka hati kan. Bukan nak salahkan orang lain diri yang kerdil ini pun sama. Kadang-kadang alpa dengan suruhan Allah.

Kita manusia biasa yang memang haprak kuasa apa pun tak ada. Betul kan? Kita lemah dengan godaan syaitan. Susah kita nak lawan kalau kita tiada "senjata". Tak perlu nak cari senjata yang canggih bagai, "senjata" tu dah ada dalam diri kita iaitu Iman. Iman manusia turun naik. Kita bukan malaikat yang imannya sentiasa sama. Kita juga bukan para rasul & nabi yang imannya sentiasa naik (ada belajar syariah islamiah masa form5). Tapi manusia boleh berubah! Tak perlu ragu untuk berubah ke arah yang lebih positif! Just move forward. In Sha Allah. Allah Maha Adil. Dia tahu apa yang hamba-Nya buat.

Actually, saya nak share sesuatu. I know ramai yang dah tahu semua ni. Tapi entahlaaa.....kadang-kadang rasa pelik dengan orang sekeliling ni. Kita tahu, ajal maut jodoh Allah yang tentukan. Tapi apa yang jadi sekarang? Ramai orang lebih gemar berbicara tentang Jodoh!!! (acewaaaaah =D) Ye, takpa memang semua orang suka dan Allah pun suka kita mendirikan masjid. Oh! Syaitan menangis bila ada yang kahwin. Syaitan dah tak boleh nak goda hati sbb semua dah halal.. Tapi mati? ajal? jarang orang berbicara. Takut bukan. Tapi itulah hakikatnya. Setiap manusia pasti akan mati ( aku pun akan mati. aku takut gelap. kadang2 terpikir mcm mana gelapnya dlm kubur nanti. Ustazah aku rasa ada cakap, kalau kita fikir mati dapat pahala. Nak terangi kubur banyakkan ibadahnya...)

"Alaaa, nanti lepas aku kahwin, aku pakailah tudung..." -Yakin sangat yang dia akan kahwin dulu sebelum mati. Mana kita tau semua tu. Tu rahsia Allah. Dengan siapa kita kahwin nanti. Mati kita bilanya. Semua tu kita tak jangka. Sekarang pun ramai mati dalam usia yang muda. Kau jangka ke benda tu nak berlaku. Kun Fa Yakun. Tiada siapa pun boleh menghalang.

Saya post ni sebab teringat kata-kata ustazah Saliza (my superb duperb teacher ever!) masa mengajar dalam kelas dulu. Usrah dengan ustazah best kut. Usrah macam keluarga. Bincang semua hal kan. Bagi kita peringatan, nasihat untuk kita sentiasa ingat yang kita ni hanyalah sementara di dunia. Dunia ni tempat persinggahan untuk kita mencari bekalan ke akhirat.

La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'ana.

p/s : Tegurlah jika nampak salah. Jangan membenci tanpa sepatah kata. Kita kan bersaudara. Peace.



No comments:

Post a Comment