Meet the typewriter!

Wednesday, January 9, 2013

Reading.

Hi! Assalamualaikum.

Hampir 2 bulan (maybe) saya bergolek-golek dirumah selepas secara rasminya menjadi alumni Smkpp apabila tamatnya Spm tahun lepas. Muehehehe. Tak kerja? ermmm duk rumah buat kerja rumah pun dikira sbgai kerja (bagiku) even kerja sekeqat hari je. Boleh dahla tangan ni giat dgn menyapu, membasuh baju satu family (dulu duk asrama aku kisah baju aku je hehe) pinggan mangkuk jangan kata apala siap bagi pecah periuk kaca kesayangan mak & kakak lagi -.- memasak? setakat lauk simple lepas la. Daripada dulu zero............kini okay la sikit. Usaha tangga kejayaan! (cewaaaah!)

Well, dkat dunia ni mesti ramai yang suka membaca. Tak kisah la baca buku ilmiah ke...novel ke? :) majalah or whtsoever. Asalkan membaca. Muehehe. For me yg baru habis Spm ni mesti la saya pilih novel! Boleh dikatakan sejak-sejak jadi bibik ni bila free ja baca novel takpun onlinee la....(konon cari resepi..kononnya la). The latest novel yang saya baca (ni baru habis baca smlm beli ahad) Suami Aku Ustaz! (Aminn....ceh tetiba) nukilan Hannah Dhaniyah. Islamik sikit novel ni (see the title la kan). Novel ni tak banyak konflik. Tenang jelah hati ni membaca....(tidak mesti keja nak kutuk je hahaha) Saya nak kongsi sesuatu dipetik drpd novel tersebut :

"Sehari kita sibuk dengan urusan dunia, takkan setakat dua rakaat tahajud, dua rakaat taubat, dua rakaat hajat & tiga rakaat witir dengan Allah pun nak berkira?"

Buat renungan bersama. Oh! Awak Suka Saya Tak? by Melur Jelita. Novel ni pun ada unsur islamik :) Tebal sikit. Tapi best dulu lepas Spm, ASST laaa novel pertama yang saya baca. Dah hbis baca duk ulang tulaaa. Heeee. Dalam novel ni pun ada sesuatu yang menarik :

"Jangan memaksa kehendak kita ke atas Allah. Doa tetap doa, usaha tetap usaha tetapi bila Allah tak makbulkan, jangan marah & sedih. Pasti ada sebabnya. Tidak dimakbulkan sekarang mungkin dimakbulkan pada masa akan datang. Dia (Allah) lebih tahu apa yang terbaik & apa yang kita perlukan"

Buat peringatan bersama. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah lah sebaik-baik perancang. Dkat tv sekarang tengah hot drama Setia Hujung Nyawa (SHN). Adaptasi novel kan? Alhamdullilah selesai sudah membaca novel itu. Hehehe. See, lepas Spm dah kahwin. Result pun El tak ambik lagi. Ada part yang El siang ikan nak masak untuk Zain. Then, my mom said to me............'Nak ajaq Jaja siang ikan!' Saya mampu tunjuk gigi je slps itu. ihik =D 

And the last one.....Jodoh Itu Milik Kita nukilan Sara Aisha. That novel pun best. And yessss ada sesuatu yang saya nak kongsi dalam novel ni :

"Ujian & dugaan sebenarnya menjadikan kita lebih kuat, mengajar kita untuk jadi lebih lasak dalam menggalas beban dalam kehidupan kita di dunia ini. Lagipun Allah tidak akan mebebani seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya - Surah Al-Baqarah ayat 286."


Itu semua random apa yang saya baca. Kita ambik yang positif. Yang jiwang karat terlebih tu letak tepi :PP That's all. Peace!

No comments:

Post a Comment